Thursday, November 26, 2009

Eid at 32800


Rumah kampung tipikal Parit.

Sg Korok,32800 Parit Perak.

Kalau 3 tahun ke belakang,Tok Dolah mampu menaiki basikal ke masjid,membentang sejadah dan mengemas masjid.
Tahun ini,Tok tenat.
Umur yg sudah 90 tahun lebih,sejajar dgn bongkoknya yg 90 darjah,tidak memungkinkan beliau untuk solat di masjid,walau solat Jumaat.
Apatah lagi solat berdiri di rumah.
Tapi,tok tetap tegar bangun awal untuk solat subuh di awal waktu,dan kadang2 Qiam.
Baringnya tak pernah tiada tasbih di tangan.
Kadang,tertidur di atas kerusi,tersengguk2.
Begitulah agaknya kita bila menghadapi hari2 tua nanti.

Pagi Raya,32800 Parit Perak.

Melihatkan kanak2 Arab yg berkejar2an sambil bertakbir ptg ini,ak teringat seorg kanak2 yg berusia 12 tahun,Iqbal namanya.
Dia tinggal di kg aku,dan skrg sudah berpindah ke Taiping.
Bapanya meninggal dunia tahun lepas,dan ibunya pula,ketika bulan puasa yg lalu.
Kau bygkan,kanak2 yg muda begitu terpaksa menerima ujian bertimpa.Tambahan pula,dgn peperiksaan UPSR.

Ak yg sudah 5 tahun beraya di luar,memang tidak kenal mengenal langsung lah dgn Iqbal.
Mak Yong Siah dan Mak Yang Ani menyapa Iqbal.Dan mereka pun menceritakan tntg keadaan Iqbal pada aku dan Cik Kema(mak aku la tu..)

Iqbal senyum,walaupun senyumannya mungkin lah tidak semenawan Jimmy Trek Selebet(menawankah??haha),tp dia tetap melemparkan senyuman pd makcik2 aku smbil bermain di pokok bunga dgn sepupu2nya, di depan rumah Opahnya.

Bertahannya Iqbal..

Pekan Parit,32800 Parit,Perak.

Ak tak tahulah kita harus panggil itu apa.Mungkin kebiasaan.
Hari raya,adalah hari kami pergi ke pekan Parit.
Aku yg tidak berapa berminat dgn brg kemas,telah disyorkan oleh ayah untuk membeli brg kemas di kedai Adamas 916 di pekan tersebut.(ye la,lama tk balik kan..)
Lalu,apa lagi.adik2 aku perempuan yg 3 org itu berkata:
Anis nak jugak..
Intan pun..
Izzah??

Mak aku sengih.
Aku perli ayah:Itulah ayah,kalo duit kita tak berkepuk2..jgn cerita nk beli brg kemas dpn org ada anak perempuan ramai.
Ayah pun sengih.

Maka hari tu,tkde la kita beli brg kemas,cuma berkemas sahaja yg mampu dibuat.

After one yr,Sri Iskandar,Perak-Parit,Perak

Kalau dipanjangkan umur tahun depan,ak akan berada di tempat2 ini lagi untuk beraya. Dan,sape nk dtg Perak,moh le..Perak sgt seronok ok. Tahun depan,mungkin satu batch boleh dtg Perak jalan2.Dah ada org volunteer nak jadi drebar..=P

Currently,Athar Irbid,Nayef Ali Abu Abid St,Irbid.

Ok2..to make a long story short.
Raya haji kali ni merupakan raya terakhir aku,dan ak pohon supaya ia menjadi yg terakhir,iA..
Sudah pukul 7 lebih.Seperti biasa symptom mengantuk,sign mata berair2 sudah ada.
Maka Selamat Malam & Selamat Hari Raya Haji!

3 comments:

Fez said...

Quoting : Raya haji kali ni merupakan raya terakhir aku,dan ak pohon supaya ia menjadi yg terakhir,iA.. -- Macam sesuatuh je.

Tak habis ayat ko ni.. Patutnya gini, "Pohon supaya jadi raya terakhir di Jordan.." hehe..

Bukan main ko perli ayah ko eh. terus terzipzas.. heh.

kilah said...

aah..mcm nk meninggal pulak..

itulah ayah ak..ngajak beli brg kemas mcm ajak nk beli baju sekolah je..

dia tk sdr..lagi 3 org anak dia tu..gile benda mcm tu..haha
thn dpn,dh keje,kena la beli guna duit sndiri kot..
aku,kalo nk beli dkt goldheart je..tkde wahchan atau adamas nya...hahaha

Fez said...

Kata choppard. Lol. sayangnye duitttt. Asal 916 yang tulen segram RM127..sudeyy.. haha. selamat hari raya, maaf zahir batin.