Monday, February 16, 2009

Lie to me with style

Tahu tk Tauriah tu apa..tauriah tu mksd dia,bawa maksud selain dri pkataan yg kuar dri mulut kita..
meh ak bg contoh..urmm..apa erk..sat ak pk cth biasa2..

haaa..kata la ko nk g tmpt yg ko tk mau org lain tau kan..

ko ckp la ko g kedai..dn ko mmg kna g kedai dlm pjalanan ko pegi tmpt yg ko g tu..even jejak sket dlm kedai tu..kalo ko tk buat mnder tu,ko tkleh ckp ko g kedai..dan dalam masa yg sama,muka ko jgn la buat cm teragak2..ini cm kalut2 je..tk cool la kn..

mnyak je lagik..pndai2 la aplikasikan kalo perlu..

ada certain org,dia ckp bkn jwpnnya..dia ubah topik sket tp tk melencong..sket je..tp,kalo dlm pemahaman.I/m pretty sure he/she will get zero..haha..dan,kalo ko dh agak dia buat cmtu..ko biar je la sbbnya dia ada reason dia tk nk gtau..kalo ko paksa gk,ko mmg la ngada2..tkyh la paksa org ok..prasaan dipaksa sungguh tk menyeronokkan!!

Tauriah..

Tauriah bermakna niat seseorang bersumpah berbeza dengan perkataan zahir sumpah yang dilafaz olehnya. Misalnya seseorang itu bersumpah untuk tidak memakan daging, namun hati berniat sebaliknya atau ia hanya berniat untuk tidak memakan danging kambing sahaja. Tauriah ini pernah disebut di dalam al-Qur’an seperti yang berlaku pada Nabi Ibrahim a.s:
َBermaksud:
“Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. Kemudian baginda(Nabi Ibrahim a.s) berkata: Sesungguhnya aku sakit”. (al-Qur’an. al-
Shoffat. 37:89-90)


Dalam hal ini Nabi Ibrahim a.s telah bertauriah untuk mengelakkan diri dari menghadiri majlis perayaan keagamaan setelah diajak oleh kaumnya. Dalam waktu yang sama Baginda telah merancang untuk memusnahkan patung-patung berhala apabila mereka meninggalkan bandar untuk menyambut perayaan tersebut. Apa yang dimaksudkan oleh Nabi Ibrahim a.s ialah baginda tidak dapat menyertai kaumnya untuk perayaan tersebut dan tauriah baginda dalam hal ini adalah bertujuan untuk memusnahkan patuh berhala.

Tauriah semasa bersumpah adalah tidak dibenarkan samasekali sekira bertujuan untuk menganiayai orang lain bahkan ia merupakan perbuatan yang diharamkan. Walau bagaimanapun bersumpah demi menolak segala bentuk kezaliman, menjaga hak-hak seseorang atau untuk menjaga iman dan akidah setelah dipaksa oleh pemerintah yang zalim maka dibenarkan tauriah bahkan ia dianggap perkara yang mulia di sisi agama. Kadangkala orang Islam berada di dalam tawanan orang-orang kafir dan mereka mengetahui kedudukan sumpah dan kesannya di dalam Islam dan mereka memaksa orang Islam bersumpah untuk keluar agama maka tauriah dalam hal ini tidak menjadi satu kesalahan menurut agama bahkan ia digalakkan bagi mengelakan dizalimi dan ditindas.


Menurut Abu Yusuf al-Hanafi, sesungguhnya sumpah itu pada niat orang yang melafazkannya sekirnya ia dizalimi. Namun sekiranya ia di pihak yang zalim maka sumpahnya bergantung kepada pihak yang memintanya bersumpah. Menurut Imam al- Nawawi, sumpah itu bergantung kepada niat pihak yang bersumpah melainkan dalam hal hakim yang meminta ia bersumpah. Sekirannya hakim yang meminta seseorang itu bersumpah maka tauriah tidak dibenarkan.

p/s:ak pnya cth dlu,psl nabi Muhammad dlm pjalanan dia dri Iraq..tp,ak tk ingt nama tmpt exactly apa..org tnya,dia dri mana(masa tu org tgh cari dia..)Nabi kata,dia dri mani..dia bkn mksdkan mani dri mani nama tmpt tu..tp,dia mksdkn diri dia,dri air mani..

No comments: