Malam Isnin,subuh yang indah..
12 rabiulawal yg cerah
mcm tu la bnyi nya lagu yg pernah ak pentaskan(ewahh..berpentas la sgt..)18 tahun yg lalu,di SMAPK,utk tadika ABIM Sg.Sekamat..
dan tahukah kita,bahawa yg menjadikan diri kita sekarang,sebagai org Islam,adalah atas usaha org yg namanya Muhammad..yg hingga akhir hayatnya memanggil kita,Ummati,ummati..
maka,berbanggalah manusia2 yg ibu bapanya meletakkn nama mereka Muhammad,dgn harapan,anak2 itu akan jadi seperti namanya..
dan lupakah kita,bahawa insan yang namanya Muhammad itu suatu ketika dahulu,dicerca,diperolok2kan,dibaling batu kerana menyebar agama yg kita anuti skrg??
dan sedarkah kita,di mana tahap kita skrg?buat bodo bila manusia lain melanggar agama yg dgn susah payahnya didirikan atas dasar keimanan yg utuh kepada Allah.yg dibina atas jerit perih(ye ke erk..pkataan ni..) seksaan yg dilalui umat dahulu?
dahulu,umat sanggup memberi alasan untuk mencederakan Nabi dek kerana ingin bersentuh kulit dgn Nabi..(haha...skrg,ko nk tgk muka pn ko tk boleh..)
maka,apakah usaha kita,wahai org yg menggelarkan ak org Islam,ak umat Nabi Muhammad?
Mahu beroleh syafaat Nabi?nyatakan alasan kamu layak untuk mendapatkannya..tnya diri kamu..apakah sumbangan kamu untuk agama yg separuh nyawa diperjuangkan..
hidup ini bukan sumenya tentang kita dan kamu..
hidup ini tentang segala isinya yg zahir mahupn batin..
hidup ini perjalanan kita untuk ke khatimah yg baik atau buruk..
maka,kamu,kamu yg tgh membaca ni,pilih la jalan kamu..
dan kita harap,kita dan kamu berjaya..insya Allah..
{Barangsiapa yg mentaati rasul itu,sesungguhnya ia telah mentaati Allah.Dan barangsiapa yang berpaling(dari ketaatan itu)maka,Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka}-4;80
p/s:
1:ini adalah mnder yg ustaz buatkn org sume berpk smlm,mlm td
2:kita cuba la erk,selawat selalu..
3:ak tk pnya bnyak masa,wanita berkarier la katakan..(karier mnder..jenuh ak basuh baju sehari suntuk..ini la Urdun,seminggu sekali masuk air..alahai..)
4:andai nya ak bertanya,padamu,tentang bahgia..mahukah engkau mengerti,harapan serupa mimpi,ianya dpt terjadi,atau hilang tk berganti..=P

No comments:
Post a Comment