Wednesday, February 10, 2010

Seperkara yg sentiasa diingati


Aku ada dua tok.
Satu tok Dolah(Abdullah)--hidup lagi,umurnya 90 lebih.
Satu tok Parit(sbb dia duduk dkt pekan,kita panggil tok Parit)--namanya Mat Taib.


Tok Parit adalah seorang guru besar.
Setelah 18 tahun tok pergi meninggalkan kami,
Org tetap akan mengenali cucu2nya sebagai cucu Cikgu Taib instead of nama anak2nya..

Mak pernah cerita:
Mak dah boleh baca masa umur mak 4 tahun.
Sebab mak rasa mak pandai,mak tk nak pergi sekolah.
Tiap2 hari Nyang bergilir2 dgn Opah tgk mak sampai mak balik.

Bila besar pulak,mak taknak pergi sekolah melayu.
Mak nak pakai skirt.Mak nk pergi sekolah org putih.
Menangis2 mak mintak.
Tapi tok tak pernah bagi.
Tok hantar mak masuk Taayah lepas tu KIK.
Lepas hantar mak,tok tk pernah tgk mak dekat sekolah.

Ayah Wa yg tgk mak.(anak sulung)
Kadang2 mak pergi rumah Mak Pa.(anak kedua)
(Mereka adalah antara yg menanggung mak aku belajar di universiti selain dri tok..)

Walaupun mak aku tkda la susah.Tapi,tkda la kaya.
Tok berjaya didik anak2 tk jadi selfish.

Tok

Tok orangnya cool.
Tak cakap banyak.Suka puji cucu2..
Suka bawak cucu2 jalan naik kereta,naik motor pergi pekan parit.

Kak Mar:he is a great man way ahead of his time.....mempunyai visi dan misi tentang masa depan anak cucu dia..... menjadi contoh pd kita semua

anak perempuan dia hantar sek taayah, lelaki izuddin, dia nak anak2 dia tahu dunia dan akhirat.. zaman tu org lain ramai hantar anak2 sek org putih tapi dia tak gitu, itu yg ahead of his time tu, berwawasan....tengok sekarang ramai org educated hantar anak sek agama kan

opah dgn tok mira sangat2 baik, tok mira yg selamatkan keluarga mak kami masa komunis dan tanggung dia sekolah sb dah yatim lepas tu


satu lagi, kalau kami dtg rumah tu tok mira mesti laung kat dapur kita sembelih ayam.... seronok kami dpt makan ayam... masa tu jarang2 makan ayam

Cik Yah:atoknya kalo marah anak, dia tak pukul tp...dia akan angkat tangan dan kata ee..ee...ee...dia acah jer...pengalaman mak yah naik motor dgnnya, dari Parit ke Layang2 kiri...pagi pulak tu sejuknya....hehehh

Tok pergi setelah selesai menunaikan haji di dalam hotel di Mekah sebelum kerana serangan jantung.

Opah

Opah pula,glamer dgn cara yg tersendiri.
Mulutnya bising.(ak rasa ak boleh contohi opah aku part yg ni..haha)
Sebelum menghembuskan nafas terakhir,dia sempat me'round' semua rumah anak2..
Ketika itu dia sihat.Serius tkde apa2.
Aku ingt lagi aku duduk kt tepi Opah tgk dia bukak beg nak bagi mak kain batik.

Dia beri semua anak perempuan kain batik.Dan yg lelaki kain pelikat.
Dia minta makcik aku dan makcik mas,menantunya ambil cuti untuk kemaskan rumah beberapa hari sebelum dia meninggal.
Katanya..takut nanti org ramai nak dtg.

Opah meninggal di Hosp Ipoh,Diabetic Coma.

Kak Mar:
arwah opah mira pun sangat bagus orgnya, mesra, kelakar pulak tu, kalau kami dtg rumah seronok, dia rajin bersembang

Kak Ati:
wah rindunye kat atok n opah..rindunya naik kereta ngan tok...rindu nak dengar opah berleter dengan loghat paritnyer..rindu rindu rindu

Tok,Opah..terima kasih!
Al Fatihah

6 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

izzuddin. hoho. saya bekas izzuddin shah.

adakah kakak ex-taayah?

p/s-moga Allah merahmati mereka sudah pergi dan berterima kasih atas usaha mendidik kita.

'Aqilah said...

boleh ka masuk taayah kalo bukan anak perak?
dan tk pernah duduk perak..

bangga2 jd anak perak..
pakcik akak,Izzuddin dgn KIK jugak.
Belajar pn jordan jugak..

iA kita berusaha jadi seperti org2 terdahulu dlm didik anak2..

MaUt said...

kisah klasik untuk masa depan..

ni skolah izzudin yang sek ustz hasrizal tu ke weh?

Aki aku skolah sampai darjah 6, wan darjah 4 kot, nenek aku kt umah sampai darjah 6 n arwah atok aku sampai sek men kot, then jd askar..

sian kan org dulu2 susah nak blaja tinggi2..kita patut bersyukur dapat sampai tahap ni..alhamdulillah

neway, nice story ^_^

'Aqilah said...

aah..sekolah izzuddin yg tu..
susahnya bela anak dulu2..
ramai...
makan telur sebiji ramai2..

kita skrg..telur tk sah kalo tkde sebiji sorg..

Fez said...

Nak sekolah SIS gak! haha

Pastu nak KISAS.

Rindu atok juga T__T

'Aqilah said...

ko tkyh nk bising sekolah dgn lelaki..=P
duduk tepen snyap2..skolah dkt skolah ong putih..edward..=P