Thursday, August 12, 2010

Ramadhan-Hope is a dream that never sleeps.

Setiap kali ramadhan,kita buat cita2..
cita2 untuk berubah..
cita2 untuk habiskan tilawah qur'an..
cita2 untuk rebut lailatul qadar.

Ayah bekerja di AADK(agensi anti dadah kebangsaan)..
Abg aku berkeja di sekolah teknik..

Mereka adalah org yg hampir setiap hari melihat anak bangsa melayu putus harap dan terus putus harap.
Kalo nk ikutkan..mereka tkdalah tgk sgt pn..
Kerana mereka bukan pekerja kebajikan.
tetapi,bidang tugas memungkinkan mereka melihat bangsa melayu terus hancur..
Selalu mereka bercerita apa yg ada di depan mata..
Yang mereka lihat di pusat serenti dan kanak2 yg nakal semacam di sekolah..

Aku,seorang penganggur tersepit yg kerjanya membasuh lantai akibat anak kucing yg suka poop merata.
Aku,seorang penganggur tersepit,tersepit bila org bertanya,akak dh kerja ke belom.. Rujuk *
Aku seorang penganggur yg kalo mahu boleh melihat semua surat khabar arus perdana.dari NST,The Star,Bharian dan Utusan.
Nah,setiap petang mak dan ayah akan bawa semua surat khabar itu dari pejabat.
Tinggal aku je lah nk ke taknak mengadap.

*Soalan2 kerja selalu menjadi dilema bila ditawarkan akaun pelaburan terbaru di tengah2 shopping centre...
Arghh..nak gelak pn ada..Nak bagitahu akan bekerja sebagai dr..
Rasa segan pula..

*Segan bukannya apa..
macam tk percaya..
Kerana..bagi aku..sekarang,bukanlah masa untuk aku bangga..
Memikirkan motivasi aku yg akan dirudumkan bila2 masa dari sekarang..

Sila rujuk HO guideline,kata2 Tan Sri Dato' Dr Haji Mohd Ismail Merican--sudah cukup buat aku gerun memikirkan suasana yg bakal kita semua hadapi sebagai HO.

Takpelah..yg penting mcm mana nk rasa semangat selepas diketuk dan dimarahi.
Itu paling penting..
Semua org kena kan..Ramai yg lepas..IA kita pon boleh..

Mcm memandulah.
Aku rasa memijak clutch dan menekan minyak tanpa terasa adalah misi terberjaya pernah dilakukan..
Macam mana pilot mendarat tanpa ada rasa geseran oleh penumpang.Itu semua kejayaan kecil tapi bermakna..Hehe..
Ouh..hebat..hebat..

Semalam,dalam Utusan,isu buang bayi menjadi isu di muka utama.
Dalam satu hari,ada 3 kes buang bayi dilaporkan di dalam akhbar.
Bayangkan yg tidak dilaporkan.

Hesh..pelik..

Ada pula satu kes dua remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa dirogol oleh teman lelaki masing2 yg berusia 20 dan 21 tahun dalam jangka masa setahun setengah..

Apa yg mereka tunggu selama setahun setengah?
Adakah takut gmbar mereka yg tidak berapa elok akan dipaparkan?
Kenapa setahun setengah?
Kenapa?
Aku pulak tensyen baca akhbar org buat tindakan lambat.

Sekarang pula,Msia suam2 dgn isu Chua Soi Lek mempersoalkan UMNO menggunakan agama sebagai tarikan untuk parti.
Apa lagi..sedikit kepincangan berlaku di dalam BN.

Dengan dakwaan MCA tidak berjaya menarik masyarakat Cina untuk terus bersama BN..
Sedikit sebanyak ada tuding menuding.
Padahal,aku rasa tkde apa pn..

Senang je..org Melayu dh mula rasa agama itu penting.
Takkanlah UMNO masih mahu memperjuangkan parti dengan cara lama..sedangkan org dh berubah selera pada agama..

MCA,ikutlah cara apa pn mereka mahukan,sesuai dgn kaum masing2 lah...
Asalkan undi dapat diraih..
Isu mungkin nampak remeh.
Tapi penting untuk pilihanraya akan datang.

Ok,kita tinggal dulu bab2 politik..

Actually,aku nak ajak semua org berdoa supaya semua berdoa untuk agama Islam dan masyarakat Melayu di Msia.
Supaya Allah ampunkan..dan beri hidayah..
Supaya Allah ampunkan dan beri kemudahan untuk Islam dijadikan panduan hidup..

Sedih,tgk anak melayu terpaksa tinggalkan sekolah untuk menjual donut segera dekat ofis.
Sedih,tgk anak melayu perempuan tak tentu hala dengan lelaki bertepuk tampar..
Sedih tgk anak melayu bersepah di pusat serenti..
Sedih tgk anak melayu jadi Pink Lady..
Sedih tgk anak melayu hanyut,tkda motivasi..Jika ibu bapa gagal,mereka juga akan gagal.
Institusi kekeluargaan sudah semakin merosot..

Sekarang,budak berumur 7 tahun sudah boleh membuat jenayah ringan..(dalam keratan the star,10th august)
Ya Allah..Apa nk jadi..

Aku bukan nk semua anak melayu jadi org besar2..
Kalo boleh,lagi bagus..
Tapi,aku kalo boleh nak lah anak melayu ada tempat dalam masyarakat.

Ada gaji tiap2 bulan..
Dapat solat dengan mudah..
Nak belajar agama senang di mana2..
Hidup dalam keadaan yg proper..

Bukan hancur..

So,marilah berdoa dengan sungguh2 di bulan ramadhan ini.
Bukan untuk kita sahaja,supaya terus istiqamah tetapi untuk agama kita..=))

Akhir kata,
Hope Is A Dream That Never Sleeps.

Wallahu a'lam

No comments: